Thursday, June 25, 2015

BAB 16:KEPENTINGAN KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA

BAB 16

OBJEKTIF KAJIAN


  • MENYATAKAN KEPENTINGAN KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA
  • MENJELASKAN DENGAN CONTOH KEPENTINGAN KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA
  • MERUMUSKAN DENGAN CONTOH KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA PADA MASA DEPAN

PENGENALAN

  • KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA IALAH USAHA SALING MEMBANTU DAN SALING MEMERLUKAN DARIPADA SEGI EKONOMI DI KALANGAN NEGARA-NEGARA DI DUNIA.
  • KERJASAMA MEWUJUDKAN KEADAAN SALING BERGANTUN DI KALANGAN NEGARA-NEGARA INI
  • INI MENGGALAKKAN KEGIATAN PERDAGANGA DI KALANGAN MEREKA.



JENIS-JENIS KERJASAMA EKONOMI ANTARABANGSA

  1. KERJASAMA DUA HALA
  2. KERJASAMA PELBAGAI HALA
  3. KERJASAMA SERANTAU
  4. KERJSAMA KUMPULAN NEGARA
  5. KERJASAMA SEDUNIA
  6. SEGI TIGA PERTUMBUHAN

16.2 HUBUNGAN PERDAGANGAN

Kerjasama ekonomi di kalangan negara dalam dunia menggalakkan berkembangnya pasaran antara mereka.Kerjasama ini membolehkan negara-negara tersebut mengeksport dan mengimport barangan keluaran masing-masing.

 Malaysia mewujudkan rakan dagang melalui pelbagai rangkaian,seperti perdagangan seranatu dan perdagangan dua hala.Perdagangan serantau meliputi kerjasama perdagangan di kalangan negara serantau seperti negara-negara ASEAN.



Kelebihan perdagangan serantau ialah dapat mengurangkan tekanan dan sekatan perdagangan.Perdagangan dua hala pula merupakan kerjasama perdagangan antara dua negara,contohnya Malaysia dengan Jepun.
Malaysia memperoleh barangan seperti mesin dan jentera dari jepun, manakala Jepun menjadi pasaran petroleum dan gas asli.


Untuk mengukuhkan hubungan perdagangan,negara kita menubuhkan pejabat-pejabat kedutaan di negara-negara lain.Pejabat ini menyediakan kemudahan kepada usahawan dari negara lain untuk datang ke negara kita bagi tujuan mengimport barangan keluaran negara kita.Mereka juga dialukan-alukan datang melabur ke negara Malaysia.

OIC

APEC

US-ASEAN Business Council

Negara kita menubuhkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI), khusus untuk menguruskan semua aspek perdagangan dengan negara-negara lain.


Untuk mengukuhkan lagi peranannya, kementerian ini telah menubuhkan Pusat Perdagangan Malaysia atau MATRADE (Malaysian Trade Centre).
Pusat-pusat ini dibuka di negara-negara luar teruatama yang mempunyai jumlah perdagangan yang besar dengan negara kita.Tugas utama MATRADE ialah mempromosi Malaysia sebagai sebuah negara yang amat sesuai untuk kegiatan perniagaan dan perdagangan seperti mengimport,mengeksport, melabur, dan membuka syarikat.

16.3 PELABURAN

Kerjasa,a ekonomi antarabangsa menggalakkan pelaburan.Pelaburan ialah usaha menggunakan modal untuk memulakan sesuatu kegiatan ekonomi.